Wednesday, March 3, 2010

KONTROVERSI: RANCANGAN SULIT PEMBINAAN EMPANGAN TERBONGKAR



Menimbulkan lagi kontroversi, rancangan sulit terbongkar di Negara China. Satu delegasi yang dianggotai oleh beberapa orang-orang ternama, ahli-ahli politikus dan korprat dari Sarawak telah membuat beberapa siri pertemuan sulit di Negara China. Pertemuan-pertemuan tersebut berlaku semasa dalam suatu lawatan khas di sekitar bulan Oktober 2007.


Salah satu dari beberapa siri Pertemuan Sulit tersebut yang diadakan oleh delegasi dari Sarawak ialah bersama dengan syarikat-syarikat multi-national dan ahli-ahli perniagaan China. Di bandaraya Naning, satu pembentangan dibuat kepada syarikat-syarikat China berkenaan dengan rancangan empangan hidro yang bertajuk “ Chinese Power Plant in Malaysia—Present and Future Development”. Semasa pembentangan tersebut, pegawai yang mewakili delegasi dari Sarawak menyatakan bahawa kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk membina duabelas (12) buah projek empanagan hidro elektrik untuk keperluan industrian pada masa depan. Antara 12 empangan yang disebut adalah Murum, Baram, Tutoh, Limbang, Lawas, Baleh, Linau, Metjawah dan Ulu Ai.


Selepas pertemuan tersebut, terdapat beberapa syarikat-syarikat multi-national China tertarik dengan peluang pelaburan dalam projek pembinaan empangan di Sarawak. Informasi sulit termasuk dokumen-dokumen dan surat-surat berkenaan dengan rancangan Kerajaan untuk projek pembinaan empangan di Sarawak telah diedar kepada pemilik-milik dan pemegang-pemegang syer syarikat-syarikat besar di China. Pengedaran informasi ini sengaja dibuat oleh beberapa syarikat di China demi menarik minat orang awam membeli syer-syer Syarikat demi mendapat modal dan menaikan kapital pelaburan. Maka rancangan Kerajaan Negeri Sarawak yang sulit dan tersembunyi dari rakyat Sarawak selama ini telah bocor dan terbongkar di Negara China.


Setelah informasi sulit tersebut diketahui oleh rakyat dan orang awam, dan dengan desakan dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs), maka Kerajaan Negeri Sarawak terpaksa membuat pengumuman bahawa negeri Sarawak memerlukan lebih banyak kuasa letrik pada masa akan datang. Soalan-nya, mengapakah Kerajaan Negeri Sarawak mendedahkan rangcangan yang dianggap sulit itu kepada syarikat-syarikat asing. Kerajaan sanggup menggadai sumber-sumber asli, sungai, hutan dan tanah kepada syarikat-syarikat asing. Projek pembangunan berskala besar seperti empangan hidro disembunyi daripada rakyatnya sendiri yang akan menanggung kesan-kesan ekonomi, social dan alam sekitar akibat pelaksanaan projek tersebut nanti. Kerajaan sentiasa tidak terbuka kepada rakyat mengenai projek-projek mega yang menindas kehidupan dan hak rakyat di Sarawak.


Menurut Kerajaan Negeri, 12 buah empangan hidro yang baru adalah untuk menambah kuasa letrik dari empangan Bakun, yang penuh dengan kontroversi itu. Empangan Bakun mempunyai kapasiti tenaga 2,400MW dan dari empangan-empangan baru akan menjana dan meningkat tenaga kepada 7,000MW pada tahun 2020. Ini bererti peningkatan tujuh (7) kali ganda dari, keperluan tenaga sebanyak 933MW oleh Sarawak pada masa ini. -SNews


No comments:

Post a Comment