7 Mac 2010
Jawatankuasa Protem Tindakan Rakyat Baram (JTRB) melancarkan Kempen Tandatangan Penduduk Baram bagi sebulat suara membantah projek pembinaan Empangan Baram di kawasan mereka.
Pengerusinya,Philip Jau berkata kempen ini adalah inisiatif jawatankuasa untuk menentang pembinaan empangan yang sebelum ini menimbulkan keresahan di kalangan penduduk terutama kaum Kenyah dan Kayan.
“Kempen ini mewakili rintihan rakyat di kawasan Baram yang terancam dengan pembinaan empangan. Kita mahu suara ini sampai dan didengar kerajaan, sejajar dengan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” katanya semasa pelancaran kempen itu di sebuah hotel di Miri hari ini.
Kempen itu dilancarkan sempena Forum Awam Empangan Baram anjuran bersama JTRB, Pakatan Konservasi Alam Sekitar Sarawak (SCANE) dan Institut Sumber Borneo Malaysia (BRIMAS).
Untuk bacaan lanjut sila klik sini: http://sarawakupdate.com/news/breaking-news/jtrb-lancar-kempen-tandatangan-penduduk-baram/
Dipetik dari: Sarawak Update
No comments:
Post a Comment