Thursday, February 11, 2010

Empangan Hidroelektirk Baram

Batang Baram merupakan Sungai kedua terpanjang di Sarawak.


Empangan Hidroelektrik Baram terletak di sepanjang sungai Baram iaitu 306 km dari muara sungai. Kedudukan tapak empangan Baram akan melintangi sungai Baram iaitu dari arah mudik kehulu di antara Sungai Patah dan Sungai Kahah di sebelah kiri dan Sungai Hit di sebelah kanan.


Ketinggian empangan Baram adalah 162m di atas tahap asas. Struktur empangan yang melintangi sungai Baram adalah crest sepanjang 685m dan aras rabung adalah 180m di atas paras laut. Lakaran pembinaan akan dibuat seperti pengelek padat konkrit gravity empangan (roller-compacted concrete (RCC) gravity dam). Berdasarkan keadaan topografi (tanah) kawasan projek, sebuah saddle dam dengan ketinggian empangan 70m akan dibina kira-kira 5km dari kawasan selatan pembinaan projek.


Ciri-ciri Projek Empangan Baram


Empangan Utama


Jenis = RCC

Puncak Empangan = 180m a.s.1.

Ketinggian empangan = 162m

Panjang Crest Empangan = 685m


Pelana Empangan (Saddle dam)

Jenis = Rockfill

Puncak Empangan = 180m a.s.1.

Ketinggian Empangan = 70m

Panjang Empangan = 1,290m


Takungan Empangan

Tahap air biasa = 178m a.s.1

Tahap minimum air = 177m a.s.1.

Jumlah isipadu simpanan = 13,2 x 10 rn

Keluasan takungan = 389sq km (38,900 hektar)


Logi kuasa (power plant)

Kapasiti terpasang = 1,000 MW

Jenis turbin = Francis-vertical axis

Bilangan unit = 4


Keluasan kawasan tadahan = 8,966 sq km (896,600 hektar)


No comments:

Post a Comment